KUALA LUMPUR: Aliran masuk pelabur asing dalam ekuiti Malaysia melonjak hampir tiga kali ganda kepada RM680 juta pada Januari 2024 berbanding RM260 juta bagi Disember 2023, menjadikannya pembelian bersih bagi bukan ketiga beturut-turut.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, aliran masuk tersebut mengurangkan jualan bersih terkumpul mereka sejak krisis kewangan global kepada RM33.3 bilion.
Menurut firma penyelidikan itu, sebahagian besar pegangan saham asing pasaran mungkin tidak berubah daripada paras 19.5% pada penghujung 2023.
Selain Malaysia, firma itu berkata pelabur asing turut membeli ekuiti Indonesia (AS$390 juta) dan Filipina (AS$60 juta) namun menjual ekuiti Thailand (AS$600 juta) dan Vietnam (AS$20 juta).
“Bagi ekuiti Malaysia, jualan bersih pelabur asing yang terkumpul dalam tempoh 12 bulan hingga Januari 2024 ialah 0.1% daripada jumlah permodalan pasaran pada RM1.86 trilion,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Maybank IB menyatakan bahawa lima saham teratas yang dibeli pelabur asing pada Januari (mengikut nilai) adalah YTL Power International Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank), Sime Darby Bhd, IJM Corp Bhd dan Gamuda Bhd.
Sementara itu, lima saham teratas dijual mereka adalah Malaysia Airports Holdings Bhd, Press Metal Aluminium Holdings Bhd, UMW Holdings Bhd, RHB Bank Bhd dan MyEG Services Bhd.
Mengulas tentang pelabur tempatan pula, firma penyelidikan itu berkata pelabur runcit telah menjual RM660 juta ekuiti Malaysia pada Januari 2024, tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding aliran keluar RM90 juta pada Disember 2023.
Sebaliknya, pelabur institusi tempatan catat aliran keluar lapan kali ganda lebih rendah pada RM20 juta bagi Januari 2024 berbanding RM160 juta bulan sebelumnya.
“Purata nilai dagangan harian (ADTV) meningkat kepada RM3.35 bilion pada Januari daripada RM3.09 bilion dalam bulan sebelumnya, dengan pergerakan pelabur asing (kecuali urus niaga langsung) sebanyak 28.9%, mankala pelabur institusi dan pelabur runcit masing-masing pada 44.7% dan 26.3%,” tambahnya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Feb 07 2024
Aliran masuk tersebut mengurangkan jualan bersih terkumpul mereka sejak krisis kewangan global kepada RM33.3 bilion. -Gambar hiasan/Dagang News
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
Aliran masuk pelabur asing dalam ekuiti Malaysia melonjak hampir 3 kali ganda pada Jan 2024
Aliran masuk tersebut mengurangkan jualan bersih terkumpul mereka sejak krisis kewangan global kepada RM33.3 bilion.
Pelabur asing jual RM276.4 juta ekuiti Malaysia selepas lima minggu membeli - MIDF Research
Jualan bersih tertinggi berlaku pada Khamis berjumlah RM95.4 juta, diikuti oleh Isnin sebanyak RM92.5 juta.
Aliran keluar asing berjumlah RM456 juta pada minggu lepas
Pelabur asing terus menjual ekuiti Malaysia pada minggu lepas yang berjumlah RM456.09 juta dari Isnin hingga Khamis berbanding aliran keluar RM237.33 juta.